Kerjaya Naufara Yasin

Bakat Naufara dalam industri muzik mula diperkenalkan kepada umum menerusi album kompilasi Sutera 3 terbitan New Southern Records (NSR) yang antara lain menampilkan Dayang Nurfaizah, Hetty Sarlene, Intan Sarafina dan lain-lain. Lagu sulungnya, "Setia" berjaya melancarkan kerjayanya sekaligus mendapat sambutan di radio dan menaiki beberapa carta lagu tempatan.[5]

Album sulungnya yang menggunakan namanya sebagai tajuk album dikeluarkan tidak lama selepas itu.[6][7] Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Setia", "Gelisah", "Ku Bukan Seperti Dulu" dan "Di Alam Cinta" menampilkan duet bersama Flop Poppy. Menerusi album ini, beliau menerima pencalonan bagi kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-11.[8][9]

Naufara juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan dengan membintangi telefilem VCD yang bertajuk Sali's Janda yang mana beliau melakonkan watak sebagai Junaidah, seorang gadis kampung yang dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki berusia oleh keluarganya.[8]

Pada tahun 2008, beliau dan adiknya, Pija Yasin muncul dengan album duet bertajuk Posh yang mempertaruhkan lagu bertajuk sama sebagai single pertama.[10][11] Mereka berdua kemudian mencuba nasib dalam pertandingan One in a Million musim ketiga, namun Naufara tersingkir dalam pusingan Central Eliminations.[12]

Rujukan

WikiPedia: Naufara Yasin http://hiburan-aksi-informasi.blogspot.com/2009/08... http://www.bharian.com.my/Entertainment/BiPop/Muzi... http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Hiburan... http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Hibur... http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Hibur... http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Hibur... http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2003... http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2004... http://web.archive.org/web/20031003002804/http://w... http://web.archive.org/web/20040417025752/http://w...